lucu malam pertama



Ada sepasang pengantin baru berada di kamar pengantin, di malam pertama.
Pada tengah malam itu, tiba-tiba isterinya mengerang, “Adoi.. Sakitnya bang…! Macam mana ni bang..?”

Suaminya lantas menenangkan isterinya, “Jangan nangis sayang.. Nanti emak
ayah dengar..
Mereka mungkin belum tidur lagi tu..”
Kebetulan bilik mertua
hanya bersebelahan kamar tidur pengantin.
Tapi kerana tidak dapat menahan sakit, isterinya tambah kuat mengerang.
Mahu tidak mahu, si suami pun berkata, kali ini kuat sedikit suaranya:

“Sabar Sayang! Tahan saja.. Esok baru cabut.”
Sejak dari tadi si mertua lelaki masih belum tidur.
Dia memang terdengar
anak perempuannya mengerang, tadi dia tidak peduli,
biasalah malam
pengantin, fikirnya.
Tapi kali ini dia sudah hilang sabar.
Dia bangun,
pergi ke bilik sebelah lantas menendang pintu kamar pengantin.

Dengan rasa geram bapa mertua berteriak: “Ni apa kena ni?
Tak faham ke?
anak aku boleh mati kalau besok baru kau nak cabut! CABUT SEKARANG JUGA!”

Terkejut besarlah kedua pengantin tu.
Sambil tersipu-sipu pengantin
perempuan pun berkata kepada ayahnya: “Abah, klinik gigi esok baru bukak..”
Kah kah kah Kalau bapak bapak kat luar tu klu denga ank mengerang jgn tegur plak :D

ombak rindu


si dia - sudah hampir setahun perkenalan aku dengan si dia. dah banyak cerita aku kongsi dengan nya. dah banyak waktu dan wang dia habiskan untuk aku. walaupun usia kami beza setahun itu tidak menjadi penghalang buat kami. pada 06.06.11, buat pertama kali si dia menyatakan bahawa dia memendam perasaan terhadapku. sejujurnya aku tidak tahu mengenainya sebelum  itu.

18.12.11 - aku gembira, kami berjumpa buat kali ke-4, selama hampir 5jam lebih aku bersamanya, terlalu manis kenangan semalam sewaktu dengan si dia. tiada kejutan atau hadiah istimewa untuknya, tetapi aku hanya mampu memberi si dia sesuatu sebagai kenangan untuk kami. buat pertama kali aku menjejak kan kaki ke panggung wayang, OMBAK CINTA sebagai saksi, di dia sebagai penaman, aww, indah sungguh saat bersamanya.

yeahh, ini dia buktinya (:

akhirnya -
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih
lagi Maha Penyayang

Ya Allah..
Seandainya telah Engkau catatkan..
Dia milikku tercipta buatku..
Satukanlah hatinya dengan hatiku..
Titipkanlah kebahagiaan antara kami..
Agar kemesraan itu abadi..

Ya Allah..
Ya Tuhanku yang Maha Mengasihi..
Seiiringkanlah kami melayari hidup ini..
Ke tepian yang sejahtera dan abadi..
Maka jodohkanlah kami..

Tetapi Ya Allah..
Seandainya telah Engkau takdirkan..
Dia bukan milikku..
Bawalah dia jauh dari pandanganku..
Luputkanlah dia dari ingatanku..
Dan peliharalah aku dari kekecewaan..

Ya Allah Ya Tuhanku Yang Maha Mengerti..
Berikanlah aku kekuatan..
Menolak bayangannya jauh ke dada langit..
Hilang bersama senja yang merah..
Agarku sentiasa tenang..
Walaupun tanpa bersama dengannya..

Ya Allah yang tercinta..
Pasrahkanlah aku dengan takdir-Mu..
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan..
Adalah yang terbaik untukku..
Sesungguhbya Engkau Maha Mengetahui..
Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini..

Ya Allah..
Cukuplah sahaja Engkau yang menjadi pemeliharaanku..
Di dunia dan akhirat..
Dengarkanlah rintihan dari hamba-Mu yang daif ini..
Janganlah Engkau biarkan aku sendirian..
Di dunia ini mahupun di akhirat..
Menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran..
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman..
Agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup..
ke jalan yang Engkau redhai..
Dan kurniakanlah padaku keturunan..
Yang soleh dan solehah..

Ya Allah..
Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan akhirat..
Dan peliharalah kami dari azab api neraka..

Amin.. Amin.. Ya rabbal 'aalamin...

the faceblog

 CIK N AKAN GUNAKAN ‘AKU’ SEBAGAI PEGANTI DIRI
HUHU, HARAP TAK MENYINGGUNG PERASAAN KORANG YE
AKU SEORANG BOLGGER BARU
EMM HARAP SUDI MEMBERI TUNJUK AJAR PADA AKU
(:

.
.
.

JOIN FACEBLOG
.
.
.

SELAMAT DATANG DIUCAPKAN KEPADA SEMUA 
YANG SUDI HADIR KE THE FACEBLOG
TUJUAN FACEBLOG DIWUJUD IALAH ATAS DASAR UNTUK 
MENGUMPUL DAN MEMBINA SATU 
KOMUNITI BLOGGER KHUSUSNYA DI SELURUH MALAYSIA DAN DUNIA AMNYA. 
MARILAH KITA BERSATU DAN BERKERJASAMA 
DALAM MEMBANTU RAKAN-RAKAN 
BLOGGER KITA DI SELURUH MALAYSIA. SEPERTIFACEBOOK,
KAMI JUGA MEMPUNYAI TUJUAN YANG
SAMA IAITU MENJALINKAN HUBUNGAN YANG LEBIH ERAT ANTARA
PARA BLOGGER DI 
SELURUH MALAYSIA SELARAS DENGAN TEMA YANG KAMI 
GUNAKAN IAITU SEAKAN-AKAN TEMAFACEBOOK.
SERTAILAH KAMI DAN BERSAMA KITA MEMERIAHKAN 
DUNIA BLOG MALAYSIA. 
TERIMA KASIH


Institut memandu (T.S.P)

institut memandu
Institut memandu ialah pusat dimana …. bla bla bla …. ahh aku bukan nak cerita maksud 'INSTITUT MEMANDU' tetapi pengalaman yang aku lalui.

Tahun lepas, bulan yg sama iaitu bulan 12, aku datang ke institut memandu ni buat kali pertama. Tapi tujuan dulu aku kemari hanyalah untuk mendapatkan lesen motosikal. Selepas insiden aku gagal test JPJ yg lahabau tu untuk bahagian 3 (jalanraya) aku geram! Tak logik bhaii gagal bahagian tu! Dari itu aku pasang niat, kalau aku dah dapat lesen, aku tak nak jejak kaki dah dekat institut tu lagi!

TETAPI… oh my... aku datang lagi la tadi :( kali ni dengan tujuan untuk mendapatkan lessen kereta pula. Terpaksa! Psss, dah takda tempat yang murah dah, haha. Oke, sebenarnya nak bagitahu serba sedikit ilmu yang aku dapat tadi semasa memandu kereta tadi. Kepada yang zero pasal kereta boleh lah ikut serba sedikit ‘nasihat’ aku sebab aku pun zero pasal kereta ni, muehehe

Sewaktu ceramah : penceramah mengingat kan kami 2 anggota berharga yang kita perlu ada untuk memandu.
MATAAKAL FIKIRAN 
Seterusnya, kami diingatkan dengan 5perkara : akal, jarak, etika, cermin pandang belakang, laluan
Sewaktu amali : hmpp, bedabar-debar hati ni tahu! aku tak pandai pandu kereta! 1st time nak pandu kereta ni, hoho. Tapi... hasilnya aku boleh pandu kereta, yahoooo....

Untuk mula menggerakkan kereta kita perlu (enjin dah start ni) :

❶ selaras tempat duduk ;
       -duduk dengan selesa dimana kaki korang sampai untuk menekan clash, brek dan minyak
② tekan clash ;
          -tekan clash tu sampai habis! 'pijak macam kamu pijak tanah' bak kata pakcik tu :D
❸ masuk gear 1
          -tolak gear tu ke kanan dan ke depan
④ tekan minyak
          -tekan sikittt je minyak sebab baru nak mula jalan kan
turun kan hand brek
          -turun kan jelah, mudah saja
⑥ kawal clash bersama minyak
          -pijak minyak sikit dan lepas clash perlahan-perlahan, AWAS! jkalau mengejut nanti korang terbang
pandu dan kawal stereng
          -jangan kelam masa kawal stereng! nanti jadi macam aku, bawak kereta macam orang gila HAHA

(: SELAMAT MEMANDU (:
 


monolog hati pada jiwa


Gertak hati ku…
Pada jiwa ku…
Engkau ampuni dia?
Engkau lupakan dia?
Tak ingat pada seksa mu?
Tak ingat pada janjinya pada mu?
Tak ingat pada senyuman yang palsu?
Gertak hati ku…
Pada jiwa ku…

Atau
..engkau masih sayang dia..
..engkau masih rindu dia..
..engkau masih dambakan dia..
..engkau dahagakan kasihnya..
Engkau masih.. masih.. masih..

Aduhai laksana batu besar di tepian pantai
Dipukul ombak berkali..
Terluka masih kukuh disitu..
Tercedera masih tak tertanggung..
Diconteng pelawat pantai.. masih tak ganjak

Suci.. suci rindu ku
Suci.. suci kasih ku
Suci.. suci pasrah ku

Tuhan..
Bantu aku lupakannya….