Institut memandu (T.S.P)

institut memandu
Institut memandu ialah pusat dimana …. bla bla bla …. ahh aku bukan nak cerita maksud 'INSTITUT MEMANDU' tetapi pengalaman yang aku lalui.

Tahun lepas, bulan yg sama iaitu bulan 12, aku datang ke institut memandu ni buat kali pertama. Tapi tujuan dulu aku kemari hanyalah untuk mendapatkan lesen motosikal. Selepas insiden aku gagal test JPJ yg lahabau tu untuk bahagian 3 (jalanraya) aku geram! Tak logik bhaii gagal bahagian tu! Dari itu aku pasang niat, kalau aku dah dapat lesen, aku tak nak jejak kaki dah dekat institut tu lagi!

TETAPI… oh my... aku datang lagi la tadi :( kali ni dengan tujuan untuk mendapatkan lessen kereta pula. Terpaksa! Psss, dah takda tempat yang murah dah, haha. Oke, sebenarnya nak bagitahu serba sedikit ilmu yang aku dapat tadi semasa memandu kereta tadi. Kepada yang zero pasal kereta boleh lah ikut serba sedikit ‘nasihat’ aku sebab aku pun zero pasal kereta ni, muehehe

Sewaktu ceramah : penceramah mengingat kan kami 2 anggota berharga yang kita perlu ada untuk memandu.
MATAAKAL FIKIRAN 
Seterusnya, kami diingatkan dengan 5perkara : akal, jarak, etika, cermin pandang belakang, laluan
Sewaktu amali : hmpp, bedabar-debar hati ni tahu! aku tak pandai pandu kereta! 1st time nak pandu kereta ni, hoho. Tapi... hasilnya aku boleh pandu kereta, yahoooo....

Untuk mula menggerakkan kereta kita perlu (enjin dah start ni) :

❶ selaras tempat duduk ;
       -duduk dengan selesa dimana kaki korang sampai untuk menekan clash, brek dan minyak
② tekan clash ;
          -tekan clash tu sampai habis! 'pijak macam kamu pijak tanah' bak kata pakcik tu :D
❸ masuk gear 1
          -tolak gear tu ke kanan dan ke depan
④ tekan minyak
          -tekan sikittt je minyak sebab baru nak mula jalan kan
turun kan hand brek
          -turun kan jelah, mudah saja
⑥ kawal clash bersama minyak
          -pijak minyak sikit dan lepas clash perlahan-perlahan, AWAS! jkalau mengejut nanti korang terbang
pandu dan kawal stereng
          -jangan kelam masa kawal stereng! nanti jadi macam aku, bawak kereta macam orang gila HAHA

(: SELAMAT MEMANDU (:
 


0 lemonade mouth: