ombak rindu


si dia - sudah hampir setahun perkenalan aku dengan si dia. dah banyak cerita aku kongsi dengan nya. dah banyak waktu dan wang dia habiskan untuk aku. walaupun usia kami beza setahun itu tidak menjadi penghalang buat kami. pada 06.06.11, buat pertama kali si dia menyatakan bahawa dia memendam perasaan terhadapku. sejujurnya aku tidak tahu mengenainya sebelum  itu.

18.12.11 - aku gembira, kami berjumpa buat kali ke-4, selama hampir 5jam lebih aku bersamanya, terlalu manis kenangan semalam sewaktu dengan si dia. tiada kejutan atau hadiah istimewa untuknya, tetapi aku hanya mampu memberi si dia sesuatu sebagai kenangan untuk kami. buat pertama kali aku menjejak kan kaki ke panggung wayang, OMBAK CINTA sebagai saksi, di dia sebagai penaman, aww, indah sungguh saat bersamanya.

yeahh, ini dia buktinya (:

akhirnya -
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih
lagi Maha Penyayang

Ya Allah..
Seandainya telah Engkau catatkan..
Dia milikku tercipta buatku..
Satukanlah hatinya dengan hatiku..
Titipkanlah kebahagiaan antara kami..
Agar kemesraan itu abadi..

Ya Allah..
Ya Tuhanku yang Maha Mengasihi..
Seiiringkanlah kami melayari hidup ini..
Ke tepian yang sejahtera dan abadi..
Maka jodohkanlah kami..

Tetapi Ya Allah..
Seandainya telah Engkau takdirkan..
Dia bukan milikku..
Bawalah dia jauh dari pandanganku..
Luputkanlah dia dari ingatanku..
Dan peliharalah aku dari kekecewaan..

Ya Allah Ya Tuhanku Yang Maha Mengerti..
Berikanlah aku kekuatan..
Menolak bayangannya jauh ke dada langit..
Hilang bersama senja yang merah..
Agarku sentiasa tenang..
Walaupun tanpa bersama dengannya..

Ya Allah yang tercinta..
Pasrahkanlah aku dengan takdir-Mu..
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan..
Adalah yang terbaik untukku..
Sesungguhbya Engkau Maha Mengetahui..
Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini..

Ya Allah..
Cukuplah sahaja Engkau yang menjadi pemeliharaanku..
Di dunia dan akhirat..
Dengarkanlah rintihan dari hamba-Mu yang daif ini..
Janganlah Engkau biarkan aku sendirian..
Di dunia ini mahupun di akhirat..
Menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran..
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman..
Agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup..
ke jalan yang Engkau redhai..
Dan kurniakanlah padaku keturunan..
Yang soleh dan solehah..

Ya Allah..
Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan akhirat..
Dan peliharalah kami dari azab api neraka..

Amin.. Amin.. Ya rabbal 'aalamin...

0 lemonade mouth: