anual grand meeting (AGM)

anual grand meeting
cik N yg kiut miut :P

Hi. Hey. Assalamualaikum. Heeeeee *buat muka comel sikit* actually aku baru je, erm... tak berapa nak baru la... pukol 12 tadi dah balik pun. Pertama kali ni dalam hidup aku ikut AGM.  So kira Kelab K ni lah aku "pecah dara" untuk AGM. HAHA.

Tema untuk malam ni "Masquerade Mask". Tapi... Aku sedikit kecewa lah jugak sebab imiginasi aku terlalu tinggi melangit sehingga menyebabkan hatiku ini terluka. HAHA. Ingatkan masa daftar pun semua dah pakai mask masing-masing tapi hmp sampai ke sudah tak pakai pun. Apa pun tak boleh !

Tapi tapi tapi ! Kekecewaan ku terubat pabila dapat bergambar dengan sang pujangga pujaan hati. mihmih :)

comel kan kami ? HAHA

Apa-apa pun, everything gonna be okay :) Makanan sedap pun sedap. Rasa berbaloi la ikut AGM ni. Nak tahu menu dia ? Nyum nyum. Jangan terliur ea. HAHA. Menunya adalah... Nasi minyak + Ayam masak merah + Pajeri nenas + Papadom + Tembikai + Cocktail. 

So secara keseluruhannya, AGM OK. Mungkin lepas ni aku akan dapat merasai lagi aktiviti-aktiviti macam ni. InsyaAllah. Sebenarnya dari aktiviti luar macam nilah kita dapat belajar benda-benda baru cuba apa yang kita tak pernah cuba. Eh sebelum terlupa, kita dapat cabutan bertuah *buat muka comel lagi sikit* :D 

~ 0775 ~

Itu jelah kot. Haa satu pesanan, kalau lah anda jenis yang pemalu macam aku ni. Heh. Jangan takut jangan malu untuk hadiri apa-apa program. Biar kita diam biar kita rasa kekok sekejap, tapi seronoknya anda boleh rasa dengan memerhati telatah orang-orang di sekeliling anda. Macam-macam perangai yang pasti buat anda tersenyum. #Pstt... Asal gambar blur haa ? Aku: Identiti dirahsiakan :P

Masquerade Girls *Aucakk*

Teman semeja bulat *Nyum nyum*

cantik itu subjektif

Susah kalau jadi orang perempuan ni. Kalau bab cara dress-up, make-up, accessories dan yang sewaktu dengannya sememangnya tak nak kalah, lagi-lagi dengan kawan-kawan dia. HAHA. Aku memang mengakui la yang ni sebab aku pun pernah mengalaminya dan sekarang sedang mengalaminya ! Situasi ni buat aku rasa nak jerit je ---> arghhhh dilema ! Yang anehnya bila tengok orang lain pakai sentiasa nampak cantik, tapi di badan sendiri ? Allah. Macam balut nangka lah, pelik lah, begitu lah begini lah. Susah nak nampak OK !

Zaman yang serba moden ni, orang pakai baju biru seluar merah pun dah tak nampak pelik. Dah jadi trend la katakan. Dan dah banyak yang berani cuba cara yang lain dari yang lain. Nak nampak WOW la katakan. So tak ada lah orang kata itu pelik ini pelik, janji kau berani nak cuba dan pandai menampakkan ianya tak pelik. Tu je. Fuhh persoalannya, aku berani ke? HAHA. 

Actually buat post ni pun sebab rasa stress nak matching kan baju untuk anual dinner esok je. HAHA. Inilah namanya post siapa makan cili dia terasa pedasnya :D OK lah layan video ni jap nak hilang kan stress ni mihmih *buat muka comel*




pendendam



I'm feeling pain.. #Selsema

Nak menagis bukan kena tunggu sedih, sakit pun boleh nangis.. hmm.. kadang-kadang air mata keluar tanpa diduga.. tengah tengok movie boleh nangis tengah meneran nak berak boleh nangis terkenang orang yang jauh boleh nangis apatah lagi kalau duduk sorang-sorang lagila boleh nangis..

Nangis tanpa sebab ok lah lagi, tapi janganlah biarkan kawan-kawan anda menangis sebab anda.. #terkenangseorangkawan

Pelik ! Hati Batu ! mungkin itu yang aku boleh kelas kan dia (seorang kawan).. Mohon pada anda janganlah ikut perangai dia ! WARNING awal-awal ! hehe

Jujur cakap boleh nak marah dengan kawan anda boleh nak berkecil hati, tapi bila orang tu dah datang minta maaf tak boleh ke nak maafkan ? Besar sangat ke dosa dia sampai susah sangat nak maafkan tu ? Hebat sangat ke diri awak tu sampai sanggup berdendam ? Alangkan Nabi ampunkan umat siapalah awak kan.. 

Mungkin orang akan kata pada aku, "Kau tak duduk pada tempat dia".. Ya aku tak duduk tempat dia, habis awak rasa dia tu contoh terbaik ke untuk dibuat tauladan ? Berubah la kawan :) Ingat ! Dalam hidup ni ada KARMA.. Hari ni awak benci benci dia sangat, esok lusa kalau ada orang benci awak macam mana ? Masa tu tak guna dah nak menyesal.. So janganlah jadi pendendam sangat, tak salah kan maafkan orang ? :)