U T H M


Universiti Tun Hussein Onn Malaysia , Batu Pahat , Johor

Ditubuhkan pada 16 September 1993 dengan nama Pusat Latihan Staf Politeknik (PSLP) iaitu tempat untuk melatih dan menghasilkan politeknik staf akademik untuk menjadi berpengetahuan dan berkemahiran dalam pelbagai bidang kejuruteraan. Institut latihan ini ditadbir bersama-sama Universiti Teknologi Malaysia dan Kementerian Pelajaran Malaysia.

Tiga tahun kemudian, PLSP dinaik taraf menjadi Institut Teknologi Tun Hussein Onn (ITTHO). Status baru ini diumumkan pada 12 April 1996 oleh perdana menteri pada waktu itu iaitu Dato' Sri Mohd Najib binTun Abdul Razak.

Institut ini mencapai satu lagi kejayaan pada 27 September 2000 apabila kerajaan Malaysia bersetuju menganugerahkan status universiti-kolej kepada isntitut ini. Hal ini adalah bagi mengiktiraf sumbangan dalam bidang sains dan pembangunan berasakan teknologi serta dalam membantu negara mencapai aspirasi. Institut ini kemudiannya bertukar nama menjadi Kolej Universiti Teknologi Tun Huseein Onn (KUiTTHO) dan pengumaman rasmi telah dibuat oleh Tan Sri Dato Seri Musa bin Mohamed, Menteri Pendidikan pada masa itu.

Pada 20 September 2006 institut ini sekali lagi diberi pengiktirafan oleh kerajaan Malaysia dengan memberi status penuh universiti kepada KUiTTHO kerana institut ini berkembang maju dan menghasilkan graduan yang mahir, berpengetahuan dan berdaya saing. Nama KUiTHHo bertukar kepada Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Pada 1 Februari 2007, Datuk Mustapha Mohamed, Menteri Pengajian Tinggi secara rasmi mengumumkan perubahan status dan seterusnya pada 2 Mac 2007, Dato' Seri Hishamuddin Tun Hussein Onn membuat pengisytiharan perukaran nama tersebut.


Perpustakaan kebanggaan UTHM , terbesar di Asia Tenggara :)

I'M PROUD TO BE HERE ! XD

info lanjut:

0 lemonade mouth: