dari hati lelaki


Mesej seorang kekasih kepada kekasihnya

Perempuan : Awak.. Kenapa awak tak pernah ajak saya tengok wayang atau keluar jalan-jalan macam pasangan lain?
Lelaki : Saje...
Perempuan : Saje ke awak malu nak keluar dengan saya?
Lelaki : Mane ade!
Perempuan : Kenapa kita tak pernah gayut malam-malam macam pasangan lain?
Lelaki : Sebab saya nak jimat kredit..
Perempuan : Sampai hati awak kan! :( Kenapa ye kawan saya panggil kekasihnya 'sayang' tapi awak tak pernah pun panggil saya 'sayang'?
Lelaki : Eee geli la perkataan tu. Nak muntah..

--> Si perempuan terus merajuk selepas membaca ayat kekasihnya itu.
Beberapa minit kemudian dia menerima satu mesej..

Lelaki : Saya tak pernah ajak awak tengok wayang atau keluar jalan-jalan sebab saya nak nanti bila kita dah kahwin awak tak boring nak keluar dengan saya dan saat tu nanti akan menjadi kenangan kita yang paling romantik dalam hidup saya. Lagipun, kan tak elok bukan mahram keluar berdua-duaan? Macam-macam boleh terjadi kan? Saya tak nak gayut dengan awak malam-malam bukan sebab saya nak save kredit ke ape tapi saya tak nak diri saya hanyut bila dengar suara merdu awak. Biarlah saya mendengarnya pada malam pertama kita nanti supaya saya lebih menghargainya. Saya tak panggil awak 'sayang' bukan saya geli nak panggil tapi biarlah saya panggil awak 'sayang' bila kita dah sah menjadi suami isteri nanti kerana tidaklah awak bosan mendengarnya nanti. Saya sangat menyintai awak dan saya janji suatu hari nanti apabila awak telah halal buat saya, awak akan merasai apa yang orang lain rasa sekarang. (:

Perempuan : Dengan terharu dia membalas ' terima kasih bakal suamiku.. Aku amat menyintaimu juga. Ya Allah, satukan lah kami dalam ikatan yang sah. Amin.. '